Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa
seorang lelaki menangis,hanya kerana seorang perempuan? Mungkin
sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang
suka menangis... Seorang lelaki takkan menangis dengan mudah,
tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan
egonya untuk anda semata-mata kerana anda... Apabila dia menangis
di hadapan anda. Apabila dia menangis kerana anda. Pandanglah
matanya.. Bolehkah anda rasakan apa yang dia rasa? Pernahkah anda
CUBA untuk memahami apa yang dia rasa? Fikirkan… Berbaloikah dia
menangis.. Dihadapan anda.. Hanya kerana anda? Dia menangis bukan
kerana dia lemah.. Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau
simpati.. Dia menangis..kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis
didalam hati. Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk
disimpan. Ingat.. Cuba ambil masa untuk berfikir.. Jika si dia
menangis hanya kerana anda.. Mungkin sudah tiba masanya anda fikir
kembali di mana silap anda.. Kerana hanya anda tahu jawapannya..
FIKIRKAN.. Kerana suatu hari nanti.. Ianya mungkin terlalu lambat
untuk menyesal.. Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan
saya…” Ingat.. kalau seorang lelaki menangis kerana anda,
janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah
disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda
sehingga akhir hayat anda.. Ingat.. lelaki menangis kerana anda,
janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.
Kerana anda akan merosakkan hidup dia.. Ingat.. Jangan pernah
mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang lelaki selagi anda
belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya
akan membuatkan si dia menangis dan sengsara... Mudah bagi seorang
lelaki untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta
pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...