welcome to my blogger and don't forget follower, i will follower your back & thank you for the readMyspace Scrolling Text Creator

Saturday, July 23, 2011

Perbezaan lelaki dan perempuan~~


Perempuan:
·         Suka shopping
·         Sentiasa nak msg
·         Kalau boleh Nak sentiasa bersama dan terasa disayangi
·         Pentingkan relation
·         Mudah terasa tidak diperlukan
·         perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan
·         Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. 
·         Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain.
·         Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun
·         emosi perempuan ibarat ombak
·         sebelum buat sesuatu perkara pk 2 or 3 x
·         Fokus kepada sesuatu perkara.
·         Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.
·         Perempuan cepat mengalah untuk menunjukkan kasih sayang nya.

Lelaki:
·         Tidak suka shopping*jarang shopping
·         Tidak suka msg
·         Pentingkan career*relation yang kedua
·         Suka bersama tapi tidak selalu*rimas tidak bermakna tak sayang
·         Time kerja atau bersama kawan tak suka msg or call
·         memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan
·         lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah
·         Emosi lelaki ibarat getah, 
·         Hidup simple
·         Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dlm keadaan tertekan.
·         Tidak fokus kepada sesuatu perkara
·         Mempunyai perasaan cinta yang setia
·         lelaki lebih pandai daripada wanita, namun tidak demikian dalam bercinta.
·         Lelaki ego nya tinggi

p/s Cinta mungkin berakhir dalam sehari, namun cinta hakiki tidak sedemikian.
anyway ni pendapat gua jer.. kalau ada pape tak puas hati boleh tinggal kn comment or nk tambah pape ker boleh suggest.. :)


EXCITED~~

hari ini hari ahad, gua excited sangat nak cari duit lebih ini hehehe gua rasa everyday gua nak keja untuk beli hp then kalau boleh nak bayar habis motor ni, rimas gua tiap2 bulan duit kering disebabkan motor huh, apa pun tak boleh.. :D smalam gua bangun lambat, so jawabnya keja pun datang lambat hehehe, erti kata lain, gua datang macam biasa, riak muka biasa *_^,buat kerja seperti biasa, balik kerja macam biasa, hari-hari macam biasa, and the last part berak jer luar biasa muahahaha.... :P

Friday, July 22, 2011

menghitung hari~~

kowank tau apa yang gua rasa?? hah gua rasa lapar sekarang ini rasa nak makan tapi kurang duit hehehe. bukan tak der tapi jimat.. :D.. ok stop!! berbalik kepada menghitung hari yang gua bermaksud gua nak dapat hp baru hehehe BB lagi tu.. btw myb beli time bulan puasa kot, sebab bulan puasa mesti jimat kan-kan-kan.. so dats mean hp raya katakan... well saja nak riak sikit pada u all, n nk update via blackberry at fB hehehe power x- power x.. :P..
weks :P*syah x cumel pun ko wat cm 2, arg bia la :)

btw style x set dia... nmpak comel jer ehhehe :)
waiting for me.. :D 



Tuesday, July 19, 2011

lapar~~

semenjak dua menjak ini gua sentiasa lapar,
duit kering, gaji tak dapat, apa pun tak boleh..
mengharapkan sahabat dirumah untuk meminjam duit,
tapi bagiku jikalau hendak pinjam dengan bPop pasti tak dapat,
alasanya duit beliau pun cukup-cukup makan jer, walhal kedekut.
aku ini mengharapkan belas ehsan dari sahabat sekalian.
aku bukan nak meminjam tapi boleh tak bagi aku duit.. :)
setakat rm50 pun boleh lah kalau korang nak bagi, yang penting iklas.. :D

buah ceri,buah delima
engkau memberi aku menerima
p/s lapar + x der keja.. :)

Thursday, July 14, 2011

pergh gila la~~

malam tadi gua lepak pergi karoake lagi hehehe, di tempat yang sama dan orang yang sama tapi bPop x der coz dia nak study tuk rapid paper.. gua pula bersuka ria bersama rakan.. :) macam biasa bile karoake gua hanya nyanyi dua lagu jer sebab gua ni seorang yang pemalu heee.. :) so 2 lagu pun dikira banyak lah tu..*padahal share rm2 jer mstilah nyanyi 2 lagu hehehe. walaupun karoake box tu besar tapi gua beringat gua share sikit jer so bagi la orang yang share lebih nyanyi banyak hehhe.. lepas karoake gua lepak dataran, x der wat pew pun just lepak dengan rakan sampai lah pukul 5,30 pagi perg lama oo.. balik2 gua update la apa yang patut.. ok dats all. :)

Tuesday, July 12, 2011

tanda lelaki menyanyangi

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

kisah pramugari dan Ulama

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya kesingki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu lalu menegurnya…
Pramugari : (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki.Ini tempat basuk muka, bukan basuh kaki!
Ulama : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?
Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!
Ulama : (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!
Moralnya anda fahami sendiri ok…
p/s kami sebar anda menilainya sendiri.. :)
sumber disini 



Wednesday, July 6, 2011

best oo~~

gua hari ini macam biasa pergi class, balik, makan, tidur, di sebalik malam pula gua planning dengan ayie yang dikenali BpOp :) untuk pergi downtown kat cheras semata-mata untuk menemaninya bekam darah. sebelum gerak gua singgah di rumah abang aku dekat cheras dan gua jumpa kawan yang pun sama hendak pergi downtown tapi beliau dengan awek lah.. tapi aku dengan siapa lagi kalau tak dengan BpOp hehehe... sampai sahaja di downtown ayie berpecah pergi meninggal kan kami untuk membuat fisioterapi badan nya.. anyway gua dan member gua jalan pusing-pusing area downtown sambil aweknya membeli kasut untuk adiknya.. walaupun follow diowng serius tak boring. sambil menunggu BpOp menjalani fisio nya kami lepak kedai makan, awek member hendak menunjukkan sikap murah hatinya dia belanja 2 table haaa... bukan ramai kami lepak sikit lah jugak.. 4 lelaki 2 girl. selepas habis minum makan kami diajak berkaraoke yang dibelanja oleh awek member aku, best la juga aku dapat nyanyi 2 lagu yang bertajuk 2 hati 1 jiwa n 1 lagi gua lupa pula, dan BpOp nyanyi lagu bengang,, mungkin dia bengang dengan gua kot, gua tau BpOp tak suka gua.. karaoke red box jer.. yang penting bukan guna duit gua.. ahhaa.. serius walaupun nyanyi 2 lagu pun dah sakit tekak dah, bila nak tarik pitching sampai hujung-hujung suara boleh dikatakan sampai tak der suara la.. perg gila bingit telinga gua kat dalam tu. btw sebelum balik hantar girl masing-masing kerumah, tapi gua nak hantar BpOp kemana??? hah gua tak tau jawapannya.. andalah sebagai pembaca yang memberi jawapannya.. :D
dan lastly seperti biasa balik, makan,tidur..  *_^

Tuesday, July 5, 2011

bangun yang terlalu awal..

hah...semalam punya cer.. gua tido punya lah awal... tapi tak lah awal mana pun.. tapi bangun pukul 2 n then gua siap2 dalam kepala fikir makan... mana nak cari makan, duit dah la xder.. so pk2 baik g kat tempat kerja ag bagus.. pergi bukan nak kerja tapi nak makan hehehe,,. tapi chef aku memang style dia open jer bila-bila aku nak datang pun tak kisah.. nak datang tuk makan pun tak kisah suka hati aku jer buat kitchen tu macam bapak aku ada share..hehe.. btw mmg best makan tandori nan nasi berlauk kan kari.. yang tambah style gua tapaw spaghetti sekali hehehe.. apa-apa pun gua sebenarnya nak cakap hidup mesti ada usha kalau tak macam mana nak hidup kan.. hehhe :) ok dats all..

Monday, July 4, 2011

oh tidak!!

kau meninggalkan aku tanpa sebab..
bila kau pergi aku tak tahu nak jawab
nak menangis?? oh tidak sama sekali aku lelaki yang tidak mudah menangis keranamu..
bila mu tiada tak perlu dikenang lagi.. benda dah lepas...
hanya tuhan sahaja yang tahu..

tidak kah kau ingat..
kenangan kita, bila senang dan sedih yang teramat
erm sayunya hati ini bila ianya menjadi bergini...
ku rela kau pergi dengan iklas dan mengerti
ku fahami apa yang terjadi..
itu semua duniawi..

arg.. walaupun pergi tanpa sebab
aku tetap menyalahkan diriku..
mungkin aku terlalu lalai untuk menjaga mu..
untuk mu maafkan aku..
aku tak berdaya lagi..
hurm... inilah ungkapan akhir untuk ku..

dan kepada sesiapa yang menjumpai nya tolong jaga dengan baik yer..
jgn disalah guna ok.. :)


p/s sory la lmbat update sbb blik kg.. hehee :)